Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/ puan kerana sudi melawat Portal Rasmi Pejabat Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).Selaras dengan fokus utama sejahtera sosial Wanita Perak untuk memastikan pengurusan keperluan hidup, peluang bermobiliti sosial dan pengukuhan jaminan keselamatan sosial dinegeri Perak.
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) merupakan sebuah agensi yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 2021 melalui MMK Bil.2010 bertarikh 23 Disember 2020 sebagai sekretariat/ unit yang dipantau dan diselaraskan secara khusus oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) ini bertanggungjawab melaksanakan program-program pembangunan wanita, sosial dan keluarga di samping menjadi agensi yang berperanan untuk menjadi Peneraju Pembangunan wanita dan Masyarakat ke arah Perak Sejahtera menerusi 6 fokus teras iaitu : Kesihatan, Ekonomi, Pendidikan, Keselamatan, Kepimpinan dan Masyarakat Lestari.
Laman web Wanita Perak mengandungi pelbagai maklumat, aplikasi serta pautan berkaitan Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) yang boleh dicapai, dirujuk dan digunapakai oleh semua pengunjung.
Saya amat berharap agar laman web ini dapat memberikan manafaat kepada semua rakyat di Negeri Perak.Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Adalah menjadi harapan saya agar maklumat yang diperoleh nanti akan memberi faedah kepada semua pelanggan.
Sekian, terima kasih.
Puan Jamilah Binti Zakaria
Pengarah
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak)
Matlamat & Fungsi .
Pelaksana
Program
Melaksanakan program-program pembangunan wanita, sosial dan keluarga.
Kerjasama
Strategik
Penghubung antara badan-badan korporat dan NGO dalam pelaksanaan aktiviti CSR.
One Stop Centre (OSC)
Pusat setempat semua aktiviti dan pengupayaan wanita, keluarga dan kebajikan.
Bank
Data
Mewujudkan bank data dan pusat sumber yang komprehensif.
Pelan
Strategik
Pelan strategik berjangka panjang bagi membantu golongan sasar supaya berupaya untuk berdikari.
anita Keselamatan
anita Ekonomi
anita Kesihatan
anita Kepimpinan
anita Pendidikan
asyarakat Lestari