Permohonan Biznita (Peralatan)
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PENGUPAYAAN WANITA :
BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN BIZNITA NEGERI PERAK TAHUN 2024.
PENGENALAN
a) Program Pengupayaan Wanita : Bantuan Peralatan Perniagaan Biznita tahun 2024 adalah bertujuan untuk membantu menambahbaikkan perniagaan kepada peniaga dan usahawan kecil wanita melalui bantuan peralatan perniagaan.
b) Bantuan peralatan perniagaan bernilai maksimum RM 2,500.00 yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan golongan sasar bagi tujuan mengembangkan perniagaan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Saringan permohonan akan dibuat di peringkat Jabatan, bagi permohonan yang LAYAK akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan. Bagi TIDAK LAYAK, Ketua jabatan akan memaklumkan kepada pemohon. Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan adalam Muktamat.
Permohonan yang LAYAK dipertimbangkan adalah seperti berikut :
- Wanita Sahaja
- Berumur 18 – 65 tahun
- Pemohon mesti menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Pemohon menetap di Negeri Perak / bermastautin di Perak lebih 10 tahun
- Mempunyai Produk Sendiri
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit Sahaja)
Permohonan yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan adalah seperti berikut :
- Ejen / Stokis (tidak mempunyai produk sendiri)
- Pemohon tidak menjalankan perniagaan di Negeri Perak
- Pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001.00 dan ke atas
- Menjalankan perniagaan separuh masa.
- Tidak mempunyai produk perniagaan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan (Jika memohon melalui kaedah fizikal)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Perlu diakui Sah)
- SalinanPengesahanPendapatanolehPenghulu
- Salinan SSM / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pengesahan Pengulu
- Salinan 3 sebutharga barangan (tidak melebihi RM 2,500.00)
- Gambar Kediaman (sekiranya berniaga dari rumah) / premis perniagaan / produk perniagaan
*Peringatan : Semua Salinan PERLU DIAKUI SAH oleh Adun / Penghulu / JKK Kampung setempat. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap TIDAK LENGKAP
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu
- Permohonan atas talian ( https://www.step.perak.my/ )
- Permohonan melalui borang (Borang boleh didapatkan melalui Pejabat Daerah / Pejabat ADUN)
JENIS PERNIAGAAN
- Produk makanan & minuman
- Jahitan / kraftangan
- Pertanian
- Rawatan kecantikan & salun
PENUTUP
- Permohonan adalah muktamad.
- Permohonan yang tidak menerima maklumbalas selepas 30 hari dari tarikh tutup dianggap tidak Berjaya.
- Permohonan yang Berjaya akan dihubungi oleh pihak jabatan untuk tindakan lanjut.
ALAMAT DAN NOMBOR PERHUBUNGAN
1. PEJABAT SEKRETARIAT PEMBANGUNAN WANITA DAN MASYARAKAT NEGERI PERAK
PENGARAH
Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri Perak No 5 Medan Meru Bestari A14, Jalan Meru Bestari
30020 Ipoh
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Tel : 05-5269829 – Pejabat Wanita Perak Emel : wanitaperak@perak.gov.my